Sanah Helwah Aman


Tanggal 14 Ogos 1995.Lahirlah Sahabatku yang diberi nama Abdurrahman Auf Bin Mohd Sidek,Digelar Aman.Beliau Tinggal Di Paroi Negeri Sembilan.Mula Berukhwah Dengan Aman Ketika Berada Di Tingkatan 1 Sekolah Menengah Ibn Khaldun.Beliau Merupakan Seorang Cerdik Serta Soleh.Aman Duduk Disebelah Saya Didalam Kelas dan Byk Membantu Saya Dalam Pembelajaran...hehe^^.Seorang Yg kengkadang suka Bercerita dan menjadi tempat luahan hati saya.Suka Berkongsi Cerita Yang Private dan byk lagi.serba Sedikit Cerita Tentang Aman...Sayang Kamu Aman Kerana Allah,Selamat HAri Lahir Ke 16.Moga Menjadi org yg bertaqwa dan sahabat yg baik...Ukhwah Fillah Abadan Abada^^

Sudah 5 bulan Aku Meninggalkan MATRI

Kini tinggal kenangan.teringat saat manis dan pahit disana.Disana aku menemui pelbagai kawan dan teman.Disana jugalah aku belajar untuk bersahabat.Ya ALLAh andai diberi peluang aku ingin kesana lagi.Aku rindu kawan2 aku disana.belajar sama2,mandi sama2,main sama2,balik sama2 dan berkongsi suka duka bersama.Aku rindu saat:-

*azim menemaniku ketika sepi
*epi yg sentiasa berada ditepi ku
*syukor yg suka bercerita
*raman berkongsi makanan walaupun sedikt.
*medad yg tidak suka berahsia dgn aku
*zaid yg membawa aku berjalan
*anas yg ske menumpangkan moto dia
*riduan dgn jenakanya
*izaaref teman balik ke kl
*shahmi asakir dgn kematangannya
*umar dgn bodo2 nye
*wan yg ske makan dua dgn aku
*shahrul yg petah berbicara
*paeh yg mengembirakan aku
*ghani yg senyap tp pandai
*auf yg hebat bermain hoki
*jibek yg comey
*maidi rakan satu dorm yg carring
*bob yg riang
*sap yg soleh dn musleh
*mj yg baik
*hasifi yg comey
*amin dan apiz si kembar
*idan yg syok sendiri
*fuadi yg ske belanja kfc
*hakim yg x ske fly
*poji yg 11
*aimi dgn hormatnyer kepada cikgu...
*dan shbt2ku yg lain...


Demikianlah,itulah sahabat2 dan rakan2 yg rapat dgn ku di matri...semoga kita bertemu disyurga kelak...AMEEN...

MATRI...Time Form 2


Mula2 sye masuk skolah ni...sgt segan maklum lah pelajar bru...masuk pon time form 2...pada awalnyer tiada yg hendak mendekati ku....tp ader seorang yang bernama Muhd 'Azim Bin Mahyiddin yg sudi menemani ku...setiap kali gerak geri ku pasti ku tunggu dia..Saya duduk dorm Imaniyah....disitu Saye byk menemui kwn2 yg nakal dan lucu...huhu...sudah berminggu2 sye duduk di saner....mulalah membiasakan diri....kwn2 pon mula mendekati ku..pada awal sye dtg ma3...seorag shbt bernama Noor Muhd Syukur mengajak ku makn di kedai Choei(tahla ejaan btol ke x)....mula perjalanan hidup ku dia matri...biler dh lamer kat saner mula la naik kepala....jrg terima teguran...sudah tidak mematuhi peraturan...dh mula fly...huhu...sungguh teringat kenangan ku time form 2...byk sungguh perkara yg indah yg x dpt dilupakan...

Time Form 2 ni kamcheng la dgn Lutfi alif..hehe...tman rapat yg selalu beside me...mcm la wat keje ngan dia....haha...terinagt time kat dorm imaniyah....sungguh ceria...kaco org tido,masak maggi,dan mcm2 lg....di dorm ku terdiri dr 3 org adek form 1,16 org form2,2 org abg form 3,sorang abg form 4,n sorang form 5...huhu....sungguh ceria dorm ni.....


p/s:x reti sgt nk mengarang hahah...bce jer lah..


Senyuman..

Senyuman adalah satu bentuk refleksi terhadap sesuatu emosi dan perasaan manusia. Refleksi in terjadi apabila seseorang itu berada dalam keadaan gembira dan ceria. Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa memberikan senyuman. Ini kerana senyuman merupakan ibadat sedekah yang paling mudah untuk dilaksanakan. Senyuman menjadikan diri seseorang itu mudah untuk didampingi dan mendampingi orang yang berada di sekelilingnya. Seseorang yang sentiasa senyum akan merasakan dirinya berada dalam keadaan tenang dan bahagia. Melalui kajian saintifik,senyuman dikatakan antara kaedah senaman mudah yang digunakan untuk menjadikan seseorang itu kelihatan sentiasa muda dan ceria....."senyum umpama titian dalam kehidupan, kau tersenyum ku tersenyum....kemesraan menguntung"

Ilmuwan..

"Menuntut ilmu adalah menjadi kewajipan ke atas Muslim" . Bagaimanailmu itu diperolehi? Apabila berbicara mengenai ilmu, sudah pasti akan dikaitkan dengan maklumat-maklumat yang memberi manfaat kepada seseorang. Antara sumber ilmu yang paling popular ialah melalui bacaan.Membaca merupakan aktiviti yang perlu disemai dalam setiap diri individu. Pembentukan individu yang berilmu lahir dari keinginan, minat, amanah dan rasa bertanggungjawab terhadap penguasaannya kepada sesuatu bidangilmu.

Muhasabah Diri..

Seringkali manusia lupa akan keaiban dan cacat cela diri sendiri lantaran menyibukkan diri dengan melihat keaiban diri orang lain. Barangsiapa sering melihat keburukan saudaranya dan berkata-kata (mengumpat) mengenainya, maka keburukan itu akan datang pada dirinya.
Sebukkanlah diri dengan mencermin dan memeriksa keaiban, kecacatan dan keburukan diri sendiri. Keaiban diri boleh diketahui dengan bermuhasabah, bertanya pendapat sahabat-sahabat yang jujur mengenai diri kita, mendengar dengan teliti kata-kata musuh kerana seringkali cemuhan mereka atas diri kita ada kebenarannya.

Tetapi awasilah teman yang jahat, seorang yang sering memuji tanpa keihklasan di hati. Dampingilah alim ulamak mursyidin dan 'amilin bagi memperolehi bimbingan rohani dari mereka. Dengan itu, kita akan menyedari bahawa diri kita masih banyak kekurangannya.
Apabila kekurangan ini diketahui, barulah usaha untuk menutup kekurangan itu dicari dan diusahakan.

Petikan dari buku "Mengenali Keaiban diri dan Jalan Pembaikannya Untuk Mencapai Kesempurnaan Hidup"
Karangan Allamah Sayyid Abdullah Haddad

kamu Benar,Tapi...

Beberapa hari lepas, ada seorang perempuan bersemangat memberikan penyampaian. Dia menyampaikan satu kebenaran. Ya, saya akui, itu kebenaran. Tetapi cara penyampaiannya terlalu panas dan boleh membahayakan dirinya, dan juga kebenaran yang hendak disampaikannya.

Ketika Sheikh Abbas As-Sisy masih hidup, ada satu konsert yang tidak syara’ hendak diadakan di bandar kediamannya. Maka datanglah beberapa orang pemuda berdarah panas berjiwa membara bertemu dengannya.

“ Wahai sheikh, kami ingin pergi ke konsert itu dan meminta mereka membatalkannya. Kita perlu menyelamatkan ummah!”

Abbas As-Sisy berkata, “ Jangan. Kamu hanya merosakkan imej kamu di hadapan masyarakat dan seterusnya merosakkan dakwah. Kamu punya perbuatan itu tidak berjaya, dan lebih teruk lagi kamu akan ditangkap.”

Kumpulan pemuda itu tidak mendengar nasihat. Ketika konsert berjalan, mereka pergi dan terus menjerit di tengah khalayak ramai supaya konsert itu dibatalkan. Pelbagai hadith dilontarkan dan ayat-ayat ALLAH dibaca bagi menerangkan bahawa konsert itu tidak syara’. Tetapi akhirnya, sebagaimana yang dijangka Abbas As-Sisy, mereka tidak berjaya dan lebih buruk lagi, mereka ditangkap oleh polis.

Perkara ini, saya baca dalam buku Bagaimana Menyentuh Hati karangan Abbas As-Sisy sendiri. Tumpahan pengalaman daripada veteran dakwah yang pada saya, mesti dibaca oleh semua yang berhajat untuk menggerakkan dakwah kepada komuniti mereka.

Apa yang saya hendak bawa sebenarnya?

Sebenarnya, dalam menyampaikan kebenaran, ada seninya. Kita tidak boleh melulu tergesa-gesa membabi buta. Apabila kita menyampaikan kebenaran, kita bukan sekadar hendak kebenaran itu singgah ke telinga menggegarkan gegendang sahaja. Tetapi kita mahu kebenaran itu menyentuh hati manusia.

Sikap terburu-buru menyampaikan kebenaran, atau menyampaikan kebenaran dengan menggunakan kekerasan, hanya akan menimbulkan rasa tidak senang dan impresi buruk daripada masyarakat yang melihat dan mendengar. Tambah buruk pula apabila, keterburuan kita itu membuatkan pergerakan kita untuk menyampaikan kebenaran yang seterusnya dilumpuhkan. Sedangkan, prinsip menyampaikan kebenaran tadi adalah perlu berterusan.

ALLAH SWT pun ada berpesan,

“ Serulah ke jalan RABB kamu dengan berhikmah serta pengajaran-pengajaran yang berguna, dan debatilah mereka dengan cara yang baik”

Nah.. Apa yang kita untung jika kita menyatakan kebenaran, tetapi manusia membenci kita dan kita pula tidak dapat meneruskan penyebaran kebenaran kita?

Lihatlah Rasulullah SAW bergerak. Baginda tidak membuat pemberontakan atau sekadar membakar semangat. Baginda membina iman, sedikit demi sedikit, perlahan-perlahan. Pergerakan baginda ibarat anai-anai. Kita tidak sedar akan kehadiran anai-anai. Biasanya kita sedar adalah apabila almari kita runtuh dan dinding rumah kita rosak. Rasulullah juga begitu, sebaik sahaja baginda melakukan dakwah secara jahar(terang) selepas tiga bulan melaksanakan dakwah secara sir(rahsia), dia sudah mempunyai ramai pengikut dan pengikutnya semakin hari semakin bertambah.

Tiada sahabat Rasulullah SAW yang ditangkap kerana memberontak di tengah Makkah, atau menengking Abu Jahal tak semena-mena. Yang terjadi adalah, sahabat-sahabatnya dicari dan dibunuh serta diseksa. Ini bukan memberikan impressi buruk, malah menambah simpati.

Tetapi kalau kita tidak fasal-fasal mencari fasal, maka masyarakat akan membenci kita, seterusnya memberikan impressi buruk, dan kerja-kerja penyebaran kebenaran akan terganggu.

Sebab itulah, kalau betul peristiwa pengeboman di tengah bandar(seperti 11 september, pengeboman bali, pengeboman keratapi bawah tanah london) itu perbuatan orang ISLAM… saya ulang, ‘kalau betul’, maka itu nyatalah bukan satu tindakan yang betul malah tindakan itu adalah tindakan yang bodoh, kerana akhirnya, kebenaran bukan berkembang, malah musuh mengambil peluang menekan pembawa kebenaran yang lain.(tetapi saya amat yakin, itu semua bukan perbuatan orang ISLAM, melainkan permainan musuh-musuh ISLAM juga…)

Menyampaikan kebenaran, perlu ada seninya. Ada sahaja kebenaran, yang kita mesti sebut secara terang dan jelas. Ada juga kebenaran, yang mesti kita senyapkan dahulu(bukan senyap tak cakap, tetapi senyap dalam erti kata, menyebar secara senyap.. ibarat pergerakan anai-anai). Kiralah situasi, dan keadaan anda.

Kamu memang benar dalam menyampaikan kebenaran, dan apa yang kamu kata itu adalah benar. Tetapi alangkah baiknya kalau kebenaran itu kamu sampaikan dengan jalan dan cara yang betul, menyentuh hati dan mempunyai penerusan. Barulah penyebaran kebenaran itu mempunyai kesinambungan.

Semoga kita mendapat manfaat daripada post ini.

Sekadar perkongsian buah fikiran.